Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sepanjang Tahun 2004 .....


New Member

Status: Offline
Posts: 4
Date:
Sepanjang Tahun 2004 .....


Shallom..
walaupun saya baru dalam ruanagn ini ..tapi saya mengajak anda semua yang masuk dalam forum ini untuk berkongsi berkat yang telah anda terima sepanjang tahun 2004. Jangan pernah melupakan apa yang telah Tuhan berikan dalam hidup anda sepanjang tahun ini...

daripada saya..
saya tidak pernah terfikir akan mengalami kisah semanis ini bersama dengan Tuhan Yesus, yang begitu pedulinya dengan hidup dan masa depan saya..setelah menawarkan keselamatan, DIA tidak berakhir sampai disitu sahaja.
kesulitan dan masalah silih berganti..malah ia semakin menekan hingga saya terasa segan dan takut untuk berdepan dengan hari esok.
Dimasa-masa sulit ini saya justeru mengerti akan kebesaran Tuhan dalam hidup saya. Begitu DIA memulakan sesuatu, DIA tidak akan pernah meninggalkan saya sebelum semuanya berakhir.

saya mengerti tidak ada kesengsaraan dalam DIA, malah kesulitan dan pergumulan kita adalah sukacita bagi DIA, agar kita sentiasa bergantung keopada-NYA sbab DIA yang terbesar.

Saya bersyukur atas segala kesulitan dan pergumulan yang saya alami kerana disaat saya tidak berdaya..ternyata ada satu kekuatan yang luar biasa yang menguatkan saya..Terpujilah nama Tuhan Yesus

__________________
Raise up for Jesus name sake!


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Syukur.. Tahun baru bermula. Sepanjang Tahun 2004, begitu banyak pengalaman suka duka yang dialami. Daripada yang teruk, memalukan dan sampailah yang baik-baik belaka. Saya pasti segala apa yang saya alami itu adalah rencana Tuhan yang begitu indah untuk saya. Kalau yang berat untuk ditanggung itu adalah disebabkan Tuhan mahu kita 'Learn' something utk kita terus maju dalam semua hal.. dan mengingati dia serta melupakan dan membuang segala pelanggaran yang kita lakukan. Namun itulah yang kita sering lupa..


Tuhan itu tak pernah meninggalkan walaupun saya kekadang lalai akan perintah dia. Dia pasti akan mengingatkan saya dalam pelbagai situasi.. sehingga saya benar2 jatuh, ada ja hamba Tuhan yang diutus utk mengingatkan saya.. itulah kasih Tuhan. Syukur sepanjang tahun lepas, begitu banyak yang Tuhan lakukan dalam kehidupan, biarpun dalam study, dalam perkerjaan yang dibuat.. semuanya telah dibekalkan oleh Tuhan.. malah melebihi apa yang dijangka.. Heleluyah!


Tahun ini, ada banyak azam untuk dilaksanakan.. ingin maju dan menjadi pelaku firman Tuhan.. Mari.. Dunia semakin kejam.. Hati Tuhan yang dinyatakan dalam 2 Petrus sudah tiba.. mari kita persiap. Yesus itu Firman.. Dia Allah.. Dia Juruselamat..


"Ku bersorak.. memujiMu.. Hosanna bagi Sang Raja"



__________________
John 3:16


Junior Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

thank you chottes for creating this topic.

Allah itu setia dan adil...
Sepanjang tahun 2004, keseluruhannya merupakan goncangan iman yang terlalu hebat buat saya dan keluarga. Terlalu banyak perkara yang saya perlu hadapi dalam masa yang sama... dosa, keluhan, cemuhan, masalah, persoalan dan pelbagai tekanan membuatkan saya merasa putus asa untuk melangkah ke hari esok.

Saudara, tidak ada kekuatan yang luarbiasa selain dari Allah saja. Jiwa saya secara peribadi sudah hancur dan tiada ertinya buat dunia..namun Dia yang MENGASIHI sanggup datang dan memberi kekuatan baru..memberikan hari baru, jiwa baru, roh baru dan harapan yang pasti dalam DIA.

Syukur kepada Tuhan buat berkat yang tiada hentinya melimpah dalam hidup saya..especialy buat kehadiran Nelson dan Isaiah yang membuatkan hidup saya sangat bermakna. Terima kasih juga atas penerimaan dan sokongan dr teman-teman seiman.

P/S : Jangan pernah menyerah, jangan padamkan iman...
Jangan kau hidup dlm dunia tanpa arah,
Yang sudah biar berlalu, tapi esok akan datang,
Ku harus jadi terang untuk generasi mendatang...







__________________
God Is my Salvation


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Halleluya!


Puji dan syukur saya naikkan kepada Tuhan Juruselamat kita Yesus Kristus atas semua berkat dan rahmat yang Ia telah curahkan buat saya sepanjang tahun 2004. Mengimbau kembali akan tahun 2004 meninggalkan pelbagai kenangan pahit dan manis buat saya tetapi segala perkara dapat kutanggung di dalam DIA.


Melangkah masuk ke tahun baru 2005, saya mengalami akan MUJIZAT TUHAN YANG BERLIMPAH LIMPAH dalam menyongsong tahun 2005. Pertama sekali saya ingin mengangkat pujian dan syukur atas kesembuhan ajaib yang diberikan TUHAN buat saya di mana TUHAN telah menyembuhkan sakit serius di bahagian perut saya. Tidak cukup hanya disitu, TUHAn juga telah membuka jalan buat saya dengan memberikan pekerjaan sebagai pensyarah di sebuah Kolej swasta yang terkenal di Malaysia. Ini saya lihat sebagai satu karunia dari TUHAN untuk saya terus bersaksi buat Nama TUHAN di tempat kerja yang baru apalagi di situ staffnya ramai yang belum mengenal TUHAN.


Terima kasih atas dukungan doa saudara Jonas dan yang lain lainnya kerana pelayanan pelepasan tempoh hari telah berjaya dan SATU JIWA TELAH DISELAMATKAN. Puji TUHAN! Sekarang ini, individu tersebut telah menerima TUHAN YESUS sebagai TUHAN DAN JURUSELAMAT PERIBADINYA pada 2 Januari 2005 dan telah di lepaskan daripada dukun dukun dan segala kuasa gelap yang lainnya. Sebelum itu beliau tidak dapat tidur dan mengalami gangguan secara spiritual dan emosi sehingga doktor menyarankan agar beliau di scan pada bahagian otak untuk memastikan apakah penyakit yang di hadapi oleh beliau. Ternyata setelah melalui beberapa hari acara doa, dimulai dengan doa keselamatan, diikuti pula dengan doa kesembuhan pada hari yang berikutnya dan terus pada hari yang terakhir, doa pelepasan, individu ini telah mengalami mujizat TUHAN yang luar biasa setelah menolak segala kuasa gelap dan dosa yang ia telah lakukan sebelum ini dan mengalami kesembuhan rohani dan mulai tidur dengan nyenyak setiap malam dan juga mengalami damai sejahtera TUHAN yang sungguh sungguh luar biasa..sekarang ini kami sudah memulakan satu persekutuan Doa dan pembacaan Firman di rumahnya pada hampir setiap malam..Semua yang terjadi itu adalah dari KUASA DARAH DAN NAMA YESUS! PUJI TUHAN!


Tetapi, jangan kita lupa juga akan saudara saudara kita yang mengalami bencana Tsunami yang kehilangan keluarga dan juga harta benda, marilah kita mengulurkan bantuan dari segi kewangan dan juga dukungan doa agar mereka mendapat penghiburan di masa masa sebegini. Suka saya menyeru kepada kita semua, inilah saatnya kita sebagai anak TUHAN turun padang membantu mereka tanpa memperdulikan latar belakang mereka..Apapun doakan agar perjalanan saya ke Banda Acheh pada hujung  minggu ini akan menjadi satu kesaksian buat mangsa mangsa di sana.


Tuhan memberkati 2005 anda semua. Amin!



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard