Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pelayan di Dunia Sekular


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:
Pelayan di Dunia Sekular


Apa pendapat anda jika pelayan Tuhan mulai memasuki dunia sekular dalam bidang musik dan nyanyian... sejauh manakah kesaksian mereka sebagai orang percaya? What can we say about this issue? Wajarkah?

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

My personal comment is, tak salah. Itu pun kalau anda menganggap bahawa itu hanya sebagai carier semata-mata. Tapi jangan lupa godaannya sgt hebat. Pastikan apabila anda di dunia sekular, anda sebagai cahaya penerang bagi yang sesat. Bukannya lama-kelamaan cahaya tu semakin malap dan padam. Ingatlah Yesus sendiri bergaul dengan orang-orang berdosa di dunia sekular, tapi Dia tidak dipengaruhi oleh mereka(di dunia sekular). Sebaliknya Dia yg mempengaruhi mereka.


Contoh2 mereka yg bekerja di musik sekular, Ruth Sahanaya, Amy Grant...etc.


Masalahnya, kebanyakan yg dah masuk musik sekular memberi imej yg tak baik bagi umat2 Tuhan. So instead of menjadi kesaksian, mereka dah memburukkan nama Kristian di mata dunia, dgn cara mereka bergaul, pakaian, kata2...dll. Cth2: Britney Spears, Christina Aguilera, Beyonce, Witney Huston, Elvis Presley, Glenn... dan byk lagi.


So kesimpulannya, keputusan adalah dalam tangan anda. Anda lebih mengenali diri sendiri. Bolehkah anda menjadi cahaya di tengah2 kegelapan? Sanggupkan anda menolak permintaan untuk menyanyikan lagu2 yg berunsurkan seks, sekiranya wang yg ditawarkan untuk menyanyikan lagu tersebut lebih baik daripada menyanyikan lagu2 biasa? Pikir lah...


 


Rock don care wat ppl say...



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Memang bukan mudah untuk pelayan Tuhan masuk ke dunia sekular (dalam bidang hiburan). Banyak betul godaan.. seperti yang RnB katakan.. dalam pergaulan, pakaian... sejauh mana kita meletakkan Tuhan dalam hal itu. Ini tak termasuk apa yang kita nyanyikan.. cinta terhalang.. sex, musuh dalam selimut.. penyesalan dan apa2 lagi lirik yang menjurus ke arah negatif.. ermm, ini juga menjadi satu persoalan kan morpheus? Selalunya susah utk pelayan Tuhan menyebarkan terangnya jika dah masuk ke dunia hiburan sekular..

__________________
John 3:16


New Member

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Pelayan di dunia sekular??? muzik khususnya!
untuk menjadi pelayan di dunia sekular kita harus selidiki peribadi kita. Apakah BENAR kita punya beban dan kerinduan untuk menjangkau mereka??? sejauh mana beban dan kekuatan kita berhadapan dengan mereka ??? atau sebaliknya kita didorong oleh keinginan untuk menjadi popular semata-mata??? Sejauh mana pula hubungan peribadi kita dengan Tuhan??? Apakah melayani di dunia sekular adalah rencana atau kehendak Tuhan bagi kita??? Sudahkah kita pasti bahawa itu adalah suara dari Tuhan...untuk pergi...kepada mereka???
Jawapan itu ada pada diri kita.

Apa pandangan anda sekiranya seorang pastor yang memimpin praise and worship dan berkhotbah.....tiba-tiba menyanyikan lagu yang berunsurkan dunia misalnya putus cinta, tiada harapan, mengagung-agungkan dunia dll? Sedangkan dia baru saja berkhotbah tentang harapan yang pasti??? Mungkin dia bebas memilih lagu but....adakah dia mampu menolak semua itu???

Dan yang paling penting.....adakah kita punya damai sejahtera dalam melakukan semua itu???

__________________
- i'm free -


Senior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

quote:

Originally posted by: SyarikatMaria

"Apakah BENAR kita punya beban dan kerinduan untuk menjangkau mereka??? sejauh mana beban dan kekuatan kita berhadapan dengan mereka ??? atau sebaliknya kita didorong oleh keinginan untuk menjadi popular semata-mata???  Apa pandangan anda sekiranya seorang pastor yang memimpin praise and worship dan berkhotbah.....tiba-tiba menyanyikan lagu yang berunsurkan dunia misalnya putus cinta, tiada harapan, mengagung-agungkan dunia dll? Sedangkan dia baru saja berkhotbah tentang harapan yang pasti??? Mungkin dia bebas memilih lagu but....adakah dia mampu menolak semua itu??? "


Rilek... jgn marah.


Tapi secara logiknya memang yg masuk ke musik sekular biasanya utk mengejar populariti, tapi ada juga sbab dah jadi periuk nasi. Cthnya Siti Nurhaliza. Kalo dah org tu tak tau macam mana nak cari duit utk sara hidup, apa salahnya gunakan apa yg ada utk sara hidup, asalkan tak bercanggah dgn kehendak Tuhan. I mean tak memusnahkan imej Kristus. When I say kehendak Tuhan, jgn pula korang hy berpikir tentang melayani di dlm gereja(building) atau menginjil di kampung2. Sb sebenarnya byk cara Tuhan boleh pakai kita. Salah satu ialah dgn cara kita bergaul sesama org2 di sekeliling kita pun boleh mencerminkan Kristus, secara tak langsung memuliakan Kristus. Oleh itu be careful how we live on this earth. It is not how many ppl we bring to Christ kingdom that matter but how we live with one another. Adakah kita hidup sebagai anak2 terang atau sebagai anak2 iblis..... 


Example, cuba korang dengar lagu2 yg dinyanyikan oleh Ruth Sahanaya. Kebanyakannya menceritakan tentang cinta agung. Kalo dipikirkan sejenak, siapa yg ada cinta agung ni??? No one but Jesus. So kesimpulannya, tak semua musik sekular tu "tak baik" tapi wisdom yg Tuhan bagi kpd kita tu kita mesti gunakan sebaik2nya. Nyanyikan lagu yg mengangkat jiwa, lagu2 inspirasi, lagu2 pasal tumbuhan... you know, like Zainal Abidin dan album Hijaunya. Tak salah kan......... jgnlah menyanyikan lagu pasal nak mati, kecewa lalu bunuh diri..., pemberontakan atau keganasan... Remember be the light of Christ wherevr u ar.


 


Blues Rock for Christ!!!!!!!!



__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

saya nak beri pandangan juga. Biasanya kalau kita sebut saja muzik ni, mesti kita akan kaitkan dia dengan dunia yang penuh dgn keglamouran atau sesuatu yg boleh dikatakan sosial life. Memang tidak dinafikan hidup sebagai insan seni ni penuh dgn keunikan dan kelainan. hehe....tapi bagi saya, penglibatan seorg hamba Tuhan dalam bidang muzik sekular ni, rasanya ada juga baiknya. Sebab pemuzik2 di luar sana tu memang hebat2. Jadi apa salahnya kita bergaul dgn mereka asalkan kita tahu limitnya. Bergaul biar berpada. Pengalaman dan idea mereka kita boleh gunakan untuk memperbaiki muzik di gereja kita. Bukan nak kata klu kita tak bergaul dgn mereka di luar sana, muzik gereja kita tak maju, cuma, muzik sekular ni lebih hebat kerana mereka terpaksa bersaing utk menarik perhatian. Biasalah, kalau ada persaingan baru ada inisiatif nak memajukan diri. Pernah saya terbaca dalam buku, muzik pada asalnya bermula dari gereja. So, melihat pada kenyataan ni, sepatutnya muzik gereja harus lebih baik daripada muzik sekular kerana gereja adalah pelopornya. Nak katakan aku ni bagus dlm bidang ni taklah juga tapi cuma minat tu adalah.....so, pasal pelayanan di dunia sekular ni, individu itu harus kuat dan siapkan diri spy diri sendiri tidak ditarik oleh dunia luar.

__________________
Da...


New Member

Status: Offline
Posts: 4
Date:

i tak marahlah beb...


Memanglah bukan semua lagu duniwi tu tak baik. Misalnya lagu NEGARAKU. Dan tak semestinya melayani itu hanya menginjil di kampung2 atau dalam church. Menginjil bermaksud kita memenangkan jiwa dan memuridkan mereka seperti yang terdapat dalam Mat 28:19. (ke seluruh dunia). Kita harus turun padang dan bergaul dengan mereka dan kekalkan imej Kristus dalam kehidupan peribadi kita.


Pasal mejadikan menyanyi itu sebagai 'periuk nasi',saya teringat akan sebuah kesaksian dari seorang bekas Ratu Dangdut Indonesia. Sebelum dia mengenal Tuhan dia seorang penyanyi yang terkenal namun kehidupan rumahtangganya porak poranda. Suaminya terikat dengan dadah, dan punya penyakit, akhirnya suaminya dipanggi Tuhan. Namun ketika Tuhan melawat kehidupannya, apa yang dia lakukan ialah meninggalkan kerjayanya walaupun pada masa itu dia harus membesarkan anak2nya seorang diri. Satu petikan yang benar2 menyentuh hati saya ialah dia menyatakan..."saya memiliki suara yang baik, dan hanya itu yang saya ada, namun satu2nya yang saya ada itu, itulah yang terbaik yang saya dapat berikan kepada Tuhan".  Apa komen saudara?


Nak tanya sikit boleh? Bagaimana kita mengekalkan imej Kristus (misalnya kita seorang artis) apabila timbulnya gosip tentang kita? 



__________________
- i'm free -


Junior Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

sudahlah...jgn nak pertikaikan lagi unsur pelayanan di dunia sekular ni. Pada zaman sekarang kita kena berpandangan positif dan open. Itu hak masing2. Orang tu terlibat dgn muzik sekular ke, dgn muzik rohani ke itu terpulang pada kehidupan peribadi itu sendiri dgn Tuhan. Siapalah kita untuk menghalang, kita buat apa yang kita mampu dan share firman Tuhan. Sebab belum tentu yg selalu melayani di depan itu boleh memberi kesaksian yg baik. Kadang2 org yg kita sangka baik, tapi sebaliknya ha....siapa yg tau...Tuhan saje yg tau. so pasal pelayanan dunia sekular ni kita bersifat open je lah.k yang penting hati yg betul2 rindu akan Tuhan dan terus bekerja keras hingga kadatangannya kali kedua.

__________________
Da...


New Member

Status: Offline
Posts: 4
Date:

shalom....


he..he..thanks Tekununun. Sebenarnya bukan maksud di hati ingin mempertikaikan cuma makin kita bertanya makin kita menambahkan pengetahuan. Itulah yang dikatakan sharing dan diskusi. Mesti ada pertikaian, percanggahan pendapat dan teori2 yang bernas. Makin ramai yang dapat mencetuskan idea, pendapat, pendirian, pemikiran dan prinsip individu masing2. Bagi saya tidak ada sesiapa yang salah atau betul cuma terpulang kepada individu. Saya tak salah, anda tak salah, saya tak betul anda tak betul cuma Tuhan yang sentiasa betul.


God bless u all.



__________________
- i'm free -


Junior Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

betul-betul tu SyarikatMaria..


__________________
God Is my Salvation


Junior Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

betul tu syarikat maria. tiada yg bersalah dalam hal ni. Memang sudah semestinya Tuhan saja yg betul. Dia kan Allah yang Maha Kuasa dan Pencipta segala yg ada. Pandai2lah kita menbawa diri dan bykkan berdoa. Jesus always with u all!!!!


__________________
Da...


New Member

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Topic ini sangat bagus.. sekarang trend pelayan-pelayan Tuhan mula cenderung dengan hiburan dunia luar..  Pasal nak menginjil dgn cara itu tak salah.. cuma, ia juga cenderung untuk menarik kita untuk lupa dasar. Kalau itu yang berlaku, baik lupakan jer. Jangan kita SAYANGKAN DUNIA ini. Tiada yang lebih berharga selain DIA.


Rasanya biar topik ini terus menjadi kontroversi supaya kita banyak belajar dan menilai baik dan buruknya.. lebih2 lagi kalau ada orang yang boleh share tentang pengalaman, atau dari observation dari dunia luar.


Yang penting, be positive! Kita akan terus maju!



__________________
::believe::


Junior Member

Status: Offline
Posts: 18
Date:

betul tu contro versi. Biar kita lebih berfikiran terbuka.


__________________
Da...


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Hello,


Pelayanan di dunia sekular? Tiada masalah. Tuhan Yesus tidak pernah menyuruh kita mengasingkan diri daripada dunia ini.(sila lihat doa syafaat Tuhan Yesus di Getsemani ) tetapi agar kita tidak terbawa arus duniawi. Sebagai contohnya, saya bekerja dengan pelbagai bangsa dan agama di dalam satu oraganisasi, saya merasa sangat tercabar untuk semakin mengamalkan Firman Allah di dalam kehidupan saya. Selain daripada itu, berada di dunia sekular tetap ada godaannya tetapi kita akan sentiasa menang atas godaan. Namun, jangan pula menghukum diri jika anda lemah dan terjatuh, anda harus bangun lagi kerana sebagai manusia kita lemah tetapi kita kuat oleh Roh Kudus.


Selama saya bekerja di salah satu institusi kewangan di sini, saya dapat menyaksikan nama Tuhan terutamanya ramai di kalangan rakan sekerja saya mempunyai masalah kehidupan bahkan mempunyai skandal dalam hidupnya tetapi justeru kerana kita sebagai anak Allah, bukan seharusnya menghakimi mereka tetapi justeru mengajarkan kebenaran Allah secara halus dan lemah lembut. Dan saya bersyukur,walaupun saya di dalam lingkungan warga kerja yang kurang mengenal Tuhan, justeru kerana saya sering berdoa sebelum makan baik di pejabat mahupun di gerai makan sekalipun, ternyata ada di kalangan rakan saya menanyakan perihal iman saya. Di sinilah peluang untuk kita menyebarkan kabar sukacita Allah.


Kita perlu ingat, ada pelbagai watak dan latarbelakang orang di luar dari lingkungan gereja, namun kita HARUS bijak di dalam pergaulan sehari hari. Mohonlah pimpinan Tuhan dan hiduplah sesuai dengan Firman, maka kita akan terus menjadi anak anak terang.


Amin.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Lindy,


Saya setuju dgn pendapat anda. Tetapi yang lebih ditekan dalam topik ini adalah pelayan Gereja Tuhan yang masuk ke dunia sekular dalam bidang nyanyian dan musik seperti yang selalu kita lihat zaman sekarang.. itu yang menjadi persoalan.. populariti, cara hidup artis dan kesaksian... Daripada respon yang dibagi.. ada yang tak setuju dengan tindakan itu, ada pula yang neutral dan ada pula yang mengatakan ia tidak menjadi masalah. Bagaimana dengan kesaksian kita sebagai anak Tuhan?



-- Edited by Morpheus at 11:03, 2005-01-01

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Hello Morpheus,


Terima kasih atas tanggapan saudara berkenaan tentang respon saya tempoh hari.Saudara, tidak kira samada kita sebagai seorang business man, pekerja di sektor kerajaan, pegawai tinggi, ahli politik,artis,buruh mahupun tukang sapu jalanraya, sebagai anak anak TUHAN sudah jelas dan nyata seperti yang tertulis di dalam Alkitab bahawa kita harus menjadi terang bagi dunia..Silakan anda membaca firman Yesus mengenai hal ini. Buat perhatian saudara, tidak ada bezanya tuntutan Tuhan ke atas kita sebagai anak anaknya. SETIAP ORANG YANG TELAH LAHIR BARU SEHARUSNYA BERBUAH DI DALAM ROH agar menjadi saksi KRISTUS tanpa mengira jenis atau derajat pekerjaan seseorang itu. Bukankah itu semua sudah jelas? Saya berikan satu gambaran mudah seperti berikut;Encik A adalah seorang pegawai bank yang terkemuka dan beliau merupakan seorang Kristen,(andaikan sahaja dia sudah lahir baru). Encik B pula adalah pemuzik Kristen yang bermain muzik untuk sebuah kumpulan muzik sekular. Jadi tuntutan Tuhan buat kedua dua adalah sama kerana KEDUANYA ADALAH ANAK TUHAN.


Jadi, apapun pekerjaan kita, tuntutan TUHAN itu tetap sama kepada kita semua, iaitu untuk menjadi garam dan terang dunia. Yang membezakan kita adalah tempat di mana kita di panggil. Tanggungjawab itu TETAP sama.Kita harus flexible dalam alam pekerjaan tetapi untuk menjalani hidup sebagai orang lahir baru, FIRMAN TUHAN ITU HARUS MENJADI AMALAN KITA TANPA KOMPROMI.


Tuhan memberkati.



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Ya betul tu.. yang penting kita yang kena ambil kisah tentang apa yang dia lakukan itu.. sama ada ia memuliakan Tuhan atau tidak... Ha.. ada soalan: bagaimana harus seorang itu memuliakan Tuhan jika kebanyakan lagu yang dinyanyikan itu menjurus lebih kepada putus cinta dan penyesalan? yalah.. kekadang kita sebagai penyanyi sekular banyak lagu seperti itu... bagaimana tu?

__________________
John 3:16


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Shalom!

Ok, begini sahajalah ya..ada beza antara Penyanyi Gereja dan Pemuji Tuhan di dalam Kebaktian.

Penyanyi Gereja itukan hanya menyanyi sahaja tiada hubungan erat dengan TUHAN. Maka anytime dia boleh cabut lari dari menyanyi digereja bahkan lebih dahsyat lagi MURTAD.

Pemuji TUHAN merupakan orang yang seluruh jiwa dan raganya sudah diserahkan kepada TUHAN untuk membawa kemuliaan kepada TUHAN melalui suaranya. Inilah orang yang sungguh sungguh mengerti bahawa suaranya adalah anugerah daripada TUHAN dan dia telah menetapkan untuk memuji TUHAN dan tidak akan menyanyi lagu duniawi yang memuja muja manusia.

Lihat sahaja lagu Jac, Malaysian idol. Liriknya ditujukan kepada siapa? Manusia atau TUHAN? Tentulah manusia. Mengapa tidak mahu memuji TUHAN?

Alangkah baiknya jika saya punya suara seindah suara Jac ataupun Sari, sampai matipun saya mahu menyanyi untuk TUHAN YESUS..hehehehehe.

Salam Kasih.

-- Edited by Lindy at 14:33, 2005-02-04

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard