Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Heavy @ Hardcore Music


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:
Heavy @ Hardcore Music


Adakah sesuai heavy @ hardcore music untuk memuji dan memuliakan Tuhan..? I'm not talking about Rock music.. but more than Rock.. such as heavy metal.. rapcore etc. Maybe this question boleh menjadi tanda tanya pada ramai org..

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 75
Date:

Heloo... can i give my point of view?


it depends on what situation.... what u can do is u have to figure it out first. It can be done in concerts or if your church congregation is all youth, also can be practice in church.


kalo lagu tu boleh memenangkan jiwa2 terutamanya muda-mudi .. should be no prob la....


as long as the songs glorified Jesus Christ....


 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Ya.. saya setuju.. asalkan kita memulia dan meninggikan Tuhan.. BUT kena ada batasan.. harus sesuai dengan norma-norma kemasyarakatan dan komuniti sekeliling... dengan cara itulah kita akan menjadi saksi dan penyembah yang benar! Music jenis speed metal @ black metal kurang memberkati.. saya pernah dengar band christian, HORDE (band luar negara) yang SANGAT metal... saya rasa sangat seram dengan suara dan music walaupun lyricsnya memuliakan Tuhan... sepertinya saya sedang mendengar satanic band.

__________________
John 3:16


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Jonas, macam pernah ja saya dengar band HORDE. Member ssaya ada bagi saya dengar.. betul.. memang macam black metal.. serious! Lyrics pun susah nak dengar... tapi ada! ermmm susah tu.. boleh timbul kontroversi tu.. especially to non-believers!

__________________
"Those words are not enough - Relient K.."


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 60
Date:


Bagi pandangan Mr Admin.. ia kena lah sesuai dengan cara penyampaiannya. Se'gospel' manapun lirik dan concept sesebuah band itu, kalau penyampaiannya terpesong.. still no point.. rohani dan duniawi adalah berbeza. Yang paling pasti, muzik itu milik Tuhan.. jangan biarkan iblis mencuri dan memanipulasikannya! God Bless!



__________________
Administrator Forum Komuniti Grace


Senior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

Ya saya setuju dengan Mr Admin.


Music is made by God. Use it to glorify Him. Saya pernah join youth yg pakai heavy rock music dalam praise and worship. Terus terang saya katakan, saya tak dapat worship. Ini kerana sepanjang 30 minit tu, yang saya dapat buat ialah dengar bunyi bising dan nyanyian. Macam takde alunan atau rythm. Seolah-olah 30 minit tu masa pertunjukkan dan bukan masa menyembah. Tak taulah korang, maybe korang boleh menyembah dalam suasana bising+teriakan+nyanyian. Yang pastinya saya rasa saya memang tak boleh. SeRock and Bluesnya saya, pun tak dapat juga. Also pada masa tu saya dapat rasakan spirit of showing off. I mean seolah-olah musician main music to show off dan bukan untuk memuliakan Yesus. Anyway I cannot judge them, just that saya memang rasakan suasana yang macam tu. Apa pendapat korang?


Rock don care wat ppl say.....


Blues rock for Christ...



-- Edited by Rock and Blues at 01:53, 2004-09-03

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Memang ada kebenarannya Rock and Blues!.. kena lihat situasi la kan.. we can still praise God through that kind of music.. kita bebas memuji dan menyembah kan? But.. adakah kita boleh menyembah dengan alunan music yang heavy? itulah persoalannya.. sebab itulah PRAISE & WORSHIP disatukan.. Kita masih boleh memuji Tuhan melalui nyanyian dan lagu baru.. tapi kita mesti pastikan yang kita boleh menyembah juga lewat nyanyian dan lagu baru itu.. kan? Bukan talenta dan skill semata2.. ia datang dari roh dan kebenaran juga? right??

__________________
John 3:16


Senior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

Betul tu Jonas.


Dah nama pun Praise & Worship, so matlamat utamanya mestilah memuji dan menyembah Tuhan. Tats y kalau melayani d dalam P&W, kita mesti wise. Jgn ikutkan hati, ttp ikut kata Roh Kudus. Haaa.... itu hy dpt dilakukan kalau si melayani tu ada connection dgn Tuhan. Wat I mean is ada hubungan intim dgn Tuhan. There's a big difference with TAHU TUHAN dgn KENAL TUHAN. Si melayani ni mesti tergolong di dalam kategori KENAL TUHAN, barulah ada hubungan intim dgn Tuhan. Then baru dpt ikut kata Roh Kudus. Kalo tak, ikut suara hati lah jd nya...


Betul tak??? So tak kiralah musik jenis apa, dangdut kaa, reggae kaa, keroncong kaa, jazz kaa, country kaa, rock kaa, blues kaa... janji kita semua dpt memuji dan menyembah Yesus Kristus yg maha agung, I think Jesus doesn't mind. After all, He was the one who created all various kinds of music, right?


Blues rock for Christ...



-- Edited by Rock and Blues at 06:41, 2004-09-05

-- Edited by Rock and Blues at 06:43, 2004-09-05

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 75
Date:
All kind of musics


tu pun betul juga...


kitakan manusia ni punyai minat yg berbeda sekali dengan antara satu sama lain.. ada yg minat rock, ada yg minat jazz, ada yg minat heavy metal, ada yg minat alternative nye lagu, ada yg minat oldies, etc... so thats why most of the church (not all la) bergantung dengan jemaat nye.. kalo ada byk youth, for sure music dia mengarah ke music fast bit.. kalo byk2 tua2, family, lagu manyak slow oh...sentimental sikit.


tak yah jauh2...kita sini pun dengar lagu lama pun tak ada. semua lagu baru. rentak terkini. kalo tak dikatakan musik tak gempak... jgn dilupakan lagu lama..


lain org lain citarasa la... bg indai pun tak nak la komen lebih2..cuma kita harus tau dia punye borderline...limitation in our life... dont simply do something without asking God and Holy Spirit. follow a right direction...confused? read yr bible..


 



__________________


New Member

Status: Offline
Posts: 1
Date:
RE: Heavy @ Hardcore Music


Hi eberibodi..


i pun nak cakap pasal music dalam gereja nih..bagi i, it is true that music belongs to God and in fact the Bible clearly says that music plays a dominant role during the old days in Israel. I dont think that Lucifer has the power to create music or anything at all, so music must be from God, a creation of God. Before we go further discussing about rock music & all that in praise & worship, , i think all of us SHOULD read the Bible so that each and everyone of us can have a clear view about what is music in Judaism & Christianity.


Allah kita yg kita sembah adalah Allah yg Maha Kreatif, dan diciptakanNya music sebagai sebahagian drp alam ini. Dan Alkitab menceritakan dgn jelas bahawa Allah memakai ciptaanNya yg satu ini (sudah semestinya yg istimewa ini) di dalam pujian dan penyembahan, sangat jelas di dalam Perjanjian Lama dan Baru (Wahyu). Lagu Tba Saatnya GMB i think part of the lyric is from the Book of Revelation, if i'm not wrong.."keselamatan bagi Allah yang duduk & bertakhta..". itu aplikasi dari Perjanjian Baru dalam modern praise & worship. Its a very nice song. Nah,Saya nyatakan di sini beberapa peranan musik dalam Kekristenan


(i) memuji dan menyembah Tuhan (ingat Daud)


(ii) mendatangkan pembebasan dan kelepasan (Silas dan Paulus)


(iii) merupakan doa dan luahan hati kepada Tuhan (Daud)


(iv) etc banyak lagi yg tak sempat di bincang di sini.


Tuhan tidak mahu umatNya menyembah Dia secara ritual. Ritual adalah amalan agama2 dunia.Bagi kita, ibadah kita adalah sesuatu yang hidup, maka pujian dan penyembahan kita juga haruslah hidup. Hidup tak semestinya bermaksud menymbah tuhan dgn musik2 yg rancak atau slow semata. Pujian & penyembahan yg hidup adalah pujian dan penyembahan yg datang dari hati yg benar kepada Tuhan. Dia mahu kita menyembah Dia sambil menikmati sukacita yang penuh. Bagi umat2 Tuhan yg rindu menyembah Allah kita, saya sediakan sedikit guideline yg saya percaya boleh menjadi panduan kita specifically dalam kita memuji dan menyembah Allah:


1. kita harus memuji dan menyembah Allah di dalam Roh dan Kebenaran (pls check "R" atau "r" yg digunakan dalam alkitab. Correct me if i'am wrong!!) 


2. Perhatikan guideline dalam ibadah yg ditulis oleh Paulus untuk setiap pertemuan ibadah. Dia ada menyatakan, kalau saya tak silap, bahawa dalam ibadah Allah tidak mahukan kekacauan. Everything must be in order. (sudah semestinya bukan seperti kita menyanyikan National Anthem, K!!)


3. Kita harus berbeza dari dunia ini, kerana apa yg betul bg kita tidak semestinya betul bg Allah. ingat, "ada jalan yang disangka lurus, tetapi hujungnya menuju kematian" s'thing like that in Proverbs. That's why dalam kita menyembah Tuhan melalui musik, pastikan kita di landasan yg benar menurut Allah, dan pastinya spt dalam 1 di atas. Pastikan tidak dtg dari kedagingan kita sendiri.!


Ermmm. banyak lagi i nak cakap sebenarnya tp time tak sesuai, next time kita discuss lagi.


May be next time technical aspect plak, K!! stay tuned!!


 



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 85
Date:

Well nicato, saya amat diberkati dan didorong oleh mesej anda itu..Dan saya pasti semua akan merasa demikian. For sure! So daripada aspek music heavy @ hardcore, adakah anda bersetuju dengan concept itu dalam music dan lagu rohani? dari segi penerimaan, adakah ia akan memberi percepsi yang kurang baik?

__________________
"Those words are not enough - Relient K.."


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Sebagai orang Kristen yang masih baru di dalam Kebenaran Firman Allah, jangan begitu cepat membuat kesimpulan yang berbunyi " Asal Membawa Kemuliaan Nama Tuhan" bererti , apa apa sahaja yang kita lakukan asal membawa kemuliaan kepada Nama TUHAN bererti saya boleh melakukannya. Tidak kira samada itu tertulis didalam Alktab atau tidak, asal saya rasa itu untuk kemuliaan TUHAN, kira oklah. Inilah pegangan anak muda dalam gereja gereja zaman sekarang dan inilah ajaran yang bakal meranapkan dan juga menjahanamkan kemuliaan TUBUH KRISTUS.


Saudara yang terkasih, muzik hard core merupakan muzik yang dipakai oleh kelompok pemuja dan penyembah Syaitan sebagai mengiring puji pujiannya kepada makhluk itu dan juga demi untuk menyeru roh roh najis dan jahat agar turun meng'urapi' para kelompok tersebut. Silakan anda membaca buku karangan Dr. Rebecca Brown M.D yang mana begitu banyak tulisannya menyentuh kepada muzik rock hard core dan heavy metal di pakai sebagai wadah di dalam penyembahan kepada Syaitan dan para iblisnya. Jadi persoalannya sekarang, apakah layak kita menggunakan muzik tersebut di dalam ibadah kita? Jawabnya TIDAK SAMASEKALI. Bagaimana kita boleh memuji TUHAN dengan cara yang sama para pengikut kelompok gereja Syaitan memuji Syaitan? bukankah kita di seru di dalam Firman Allah, bahawa kita jangan mengambil apa apapun bahagian dan mencampur adukkan segala perkara yang najis dan mempersembahkannya kepada TUHAN. Muzik hard core dan heavy metal sudah TERANG DAN NYATA ADALAH SATU BENTUK PENYEMBAHAN KEPADA IBLIS MASAKAN KITA HENDAK MENGADAPTASIKANNYA KE DALAM IBADAH KRISTEN? Jelasnya disini, muzik heavy metal itu adalah sebagai satu cara untuk para pemuja Syaitan untuk menyeru roh roh jahat dan najis. Nature muzik heavy metal itu sendiri, baik dari segi susunannya, arrangementnya semuanya bertujuan untuk memanggil roh roh najis berdatangan memenuhi kelompok tersebut.


Jelas menurut Alkitab, Persamaan apakah yang terdapat pada Kristus dan Belial? Apakah bahagian bersama antara orang percaya dengan orang orang tak percaya? Apakah hubungan bait Allah dengan berhala?( 2 Korintus 6: 15-16 ) Dalam ayat ini, begitu jelas Rasul Paulus menunjukkan kepada kita bahawa, apa yang menjadi bahagian Kekristenan, itu harus berbeza daripada yang menjadi bahagian kerajaan kegelapan, dalam kes ini, MUZIK.


Jadi akhirnya, saya menyeru kepada semua anak anak muda, Jauhilah jebakan muzik heavy metal, walaupun ia mempunyai LABEL KRISTEN SEKALIPUN kerana itu adalah salah satu JERAT IBLIS KEPADA GEREJA TUHAN DI AKHIR ZAMAN.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 33
Date:

LINDY DEAR,


ARE YOU JUST TALKING ABOUT HEAVY HARDCORE ROCK MUSIC OR ANY ROCK MUSIC.


SEBABNYA ROCK MUSIC NI ADA PELBAGAI JENIS. ADA YANG COUNTRY ROCK, ALTERNATIF ROCK, BLUES ROCK DAN LAIN-LAIN. HONESTLY SAYING, SAYA SANGAT MEMINATI COUNTRY ROCK. ESPECIALLY GOSPEL COUNTRY ROCK. BETUL-BETULLAH SEDAP UNTUK DIDENGAR DAN ADA LIRIK YANG MENYENTUH JIWA. APA PULA PENDAPAT ENGKAU?



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Kawan,


Saya rasa Lindy point to music hardcore. Kalau itu, memang saya setuju bahawa ia tidak sesuai. Kalau nak kategorikan aliran Rock tu memang banyak.. cuba dgr segelintir lagu2 dari United Live Hillsong.. ada jugak rentak Modern Rock kan? But terus terang saya katakan bahawa tone nya tidak keterlaluan.. Kita bebas memuji kebesaran Tuhan!


Black metal.. ya! ia adalah keterlaluan! saya akui ia dalah seni but dapatkah ia digunakan untuk memuji Tuhan?



__________________
John 3:16


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

salam kasih di dalam Tuhan Yesus,


Maafkan saya kerana mengambil masa yang agak lama membalas email anda semua kerana saya baru sahaja sembuh dari demam panas yang teruk. Syukur kepada TUHAN YESUS kerana pemeliharaanNya sentiasa bersama saya pada saat saat yang demikian.


Oh ya, berkenaan tentang muzik Rock memang satu perkara yang sudah menjadi perbahasan di mana mana sidang baik di dalam sinode gereja mahupun conference conference para penantua gereja. Permasalahan muzik rock ini bukan perkara baru dalam kekristenan tetapi sudahpun menggegar gereja Tuhan sejak dari zaman Elvis Presley lagi. Yang kita perlukan disini adalah hikmat dalam menentukan aliran musik yang semacam apakah yang berkenan di hati TUHAN? Jika saudara mengatakan bahawa saudara amat meminati muzik gospel country itu adalah hak peribadi saudara. Saya tidak membantah kerana itu adalah pilihan hati saudara. Cuma persoalannya di sini ialah, apakah dengan hati kita sangat berkenan dengan sesuatu aliran muzik contohnya muzik rock terus kita membuat pengajaran bahawa itu juga berkenaan di hati TUHAN? Sudah tentu tidak.Bagaimana yang dituliskan di dalam Kitab Suci? Saya hairan, kebanyakkan kita mengaku sudah lahir baru, sudah berbahasa roh tetapi pengetahuan Firman itu teramat sedikit. Asal hati berkenan, maka itu terus di cop sebagai berkenan di hati TUHAN.


Saudara, saya ingin menyatakan disini, jangan tertipu dengan desakan hati tetapi berpegang tetaplah kepada Firman Allah, kerana Firman Allah itulah yang mutlak menentukan hitam putih sesuatu yang kita hadapi dalam kenyataan hidup ini. Kalau kita mahu mengaku menjadi murid Yesus, maka yang kita harus pegang dan amalkan ialah FIRMAN ALLAH, iaitu ALKITAB dan berjalan dalam kebenaran ROHKUDUS, bukan bergantung semata kepada emosi semata. Jadi memang biasa, kalau muzik yang di pakai di gereja tidak meriah dan orang orangnya lesu, itu bukanlah iman yang tulus tetapi itulah yang di penggil sebagai EMOSI semata.


Saudara, saya pernah berada di Afrika selama 3 tahun membantu pelayanan gereja di sana dan apa yang saya temui adalah semangat memuji dan menyembah yang luar biasa. Para jemaat gereja begitu bersemangat memuji Tuhan biarpun tanpa alat muzik, gereja mereka tidak berdinding dan bersimen tetapi ternyata setiap kali kebaktian urapan TUHAN tercurah sehingga mukjizat mukjizat yang luar biasa terjadi.Mengapa itu terjadi? Jawapannya mudah. Iman yang tulus hadir lewat mendengar Firman Allah dan semangat yang berkobar kobar memuji TUHAN dan tidak bergantung kepada perasaan hati dan alat band yang canggih.Itulah yang sedang berlaku di Nigeria, Ghana, Rwanda dan Mozambique.Tetapi lain pula keadaannya di Malaysia. Ibadah yang berkuasa bukanlah besarnya watt speaker kita, hebatnya band kita ataupun terkininya muzik kita, tetapi Ibadah yang benar adalah ibadah yang sungguh sungguh membuatkan hati Allah berkenaan sehingga DIA melakukan mukjizat yang besar ( membangkitkan orang mati, menyembuhkan penyakit kronik, mencelikkan mata buta dsbnya)


Apakah saudara mahu menyenangkan Hati TUHAN atau sekadar hati saudara sendiri? Rasanya hanya saudara sendiri yang mampu untuk menjawabnya.



-- Edited by Lindy at 16:39, 2004-12-17

__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Saudara Jonas,


Terima kasih atas tanggapan anda. Rock Music yang saya maksudkan ialah Hardcore Rock Music. Muzik yang semacam itu tidak sesuai di pakai di dalam ibadah di Rumah Tuhan kerana asalnya memang untuk ditujukan kepada syaitan.


Untuk pengetahuan kita semua, para pengikut dan penyembah syaitan juga ada sesi puji dan sembah. muzik yang di pakai ternyata muzik Rock Hardcore dan pelbagai lagi jenis rock yang lain. Jadi berhati hati wahai domba domba Tuhan, kita sudah berada di ambang Armageddon dan syaitan itu semakin giat di dalam gereja untuk mencuri jiwa jiwa melalui muzik muzik yang semacam itu.oleh yang demikian, seruan saya adalah agar pelayanan muda mudi peka dalam hal ini dan harus ada pendeta, penatua yang matang dalam melindungi anak anak muda dari kekeliruan dalam topik ini.


Tuhan memberkati!



-- Edited by Lindy at 17:06, 2004-12-17

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 86
Date:

Lindy,


Adakah salah kita menggunakan music rentak rancak.. modern rock untuk memuji Tuhan? daripada apa yang dinyata dalan semua hujah anda, anda memang tidak setuju dengan music aliran ini.. walaupun ia bukan hardrock music.. YA.. kita tahu dimana dan apa yang baik dan apa yang tidak sesuai kan?



__________________
John 3:16


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Shalom!

Terima kasih atas soalannya Jonas. Ok, berkenaan tentang soalan yang ditanyakan bolehkah muzik berentak slow rock dan apa jua jenis rock, kita harus mengerti akan asal usul muzik itu. Saya tidak mengerti mengapa kita hanya menumpukan hanya kepada muzik slow rock dipakai dalam ibadah gereja. Mengapa kita tidak menggunakan muzik jenis yang lain? Contohnya Irama keroncong..jawapannya pasti orang akan katakan itu sudah ketinggalan zaman. Oh, kalau gereja hanya mahu mengejar zaman saya rasa itu bukan misi utama gereja. Jangan anda heran, nanti akan ada gereja yang menggunakan muzik tehcno dalam puji dan sembah. Gereja akan jadi persis seperti Disko. Bahkan ada gereja yang mengadakan pertunjukkan fesyen..mengapa? Kononnya mahu menarik lebih ramai orang datang ke Gereja. Saudara, gereja jangan tamak! Kerana tamakkan jemaat, kesucian jemaah TUHAN, iaitu TUBUH TUHAN YESUS yakni GEREJA tercemar oleh segala macam cara duniawi. Fikirkan.

Terus terang saya nyatakan, mengapa kita di Malaysia gerejanya masih belum dipenuhi urapan dan dengan karya mujizat? Kerana kita terlalu mengagungkan muzik. Ada roh muzik yang belum dilepaskan. Setiap pemimpin pujian harus DILEPASKAN dari segala macam roh yang mengikat agar mereka tahu apa yang BERKENAN DI MATA TUHAN BUKANNYA YANG BERKENAN DI TELINGA KITA. Anda faham kan?Gereja di Malaysia harus fokus kepada Yesus dan tuntunan RohKudus bukan kepada Muzik semata.

Salam kasih dan Tuhan memberkati!



-- Edited by Lindy at 14:12, 2005-02-04

-- Edited by Lindy at 14:18, 2005-02-04

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard