quote: Originally posted by: " Banyak-banyak la..berdoa, pas tu pasti Tuhan akan memantapkan lagi pelayanan muzik..anda sekalian "
Memang betul tu.. Kena banyak berdoa.. selain, kita semua kena bagi komitmen yang mantap.. praktis kena konsistent dan disiplin amat penting... Tuhan pasti memberkati semua usaha itu..
not so easy actually...it depends on how Jesus touch the team...but it's not the big deal...yang penting sekali ialah...keep close to HIM...then your music will be so very wonderful and blessed other people even with a single accoustic guitar...am i correct or not???
Betul tu.. semantap mana pun music dan performance tu, kalau tiada persiapan yang kukuh dalam hubungan dgn Tuhan maka tiadalah urapan dalam pujian dan penyembahan itu.. everything kena siap.. "who you are" tidak penting.. yang penting is "what God want you to be"..
jgn terlalu mementingkan kualiti muzik sehinggakan urapan/jamahan melalui praise & worship terbantut. yg penting kerinduan anak muda dlm sesuatu pelayanan. nampak je perfect secara duniawi tp berkat tiada. Tuhan mau lebih dr segalanya dr kita... mari penyembah2 yg benar.. selidiki hati mu sebelum melayani kerana kita akan dihakimi di altar kiranya tidak kudus di hadapan Tuhan...
kita harus sensitif dalam kehendak Roh Kudus setiap masa. bukan kerana rutin dlm pelayanan... buat ala kadar saja, sekadar hanya kerana disuruh buat, maka dibuat lah... semua nak buat tp tiada motif/objektif pun tak guna.
terima hakikat ini dengan positif ....... (selidiki hati kita masing2)
lakukanlah dgn segenap hati dlm melayani Tuhan. Takuti lah Tuhan mu drpd takut akan manusia kerana itu hanya menyenangkan hati manusia di sekelilingmu, bukan menyenangkan Tuhanmu.
DIALAH ALFA DAN OMEGA.... selama-lamanya Tuhan Yesus Juruselamatku.
Persiapan diri sebelum melayani tu bukan saja dilakukan sebaik saja sebelum melayani, tetapi at all time. Masalahnya saudara dan saudari dalam Kristus lebih takut dipandang orang daripada takut akan Tuhan. Padahal Tuhan melihat hati setiap insan at all time.
ya betul.... ko memang ROCK la Rock and Blues... hati ku Tuhan juga yg tahu.... sia rindu la mau melayani....
betapa rindunya akan zaman dulu2 bersama ngan senior2.... walaupun pakai gitar kapok je tp praise n worship power..ternyata urapannya yg mengalir bagaikan sungai yg memberi kehidupan dalam setiap keperluan manusiawi...
tp skrg ni semua mau buat kem kat tempat yg standard, ada air cond, bawa full band tp hasilnya? sia rasa penat la..... kalo pigi pun 10-20 org... tak syiok la.
dulu...100 ke 200 no problem... barulah gempak.....barulah kem namanye...
Hanya 10-20 orang rasanya disebabkan tiada sokongan dan semangat yang berkobar2... kalau kita tak mulakan dulu, siapa lagi yang akan terdorong? Bangkitkan api itu.. nyalakan ia.. pastinya kita semua akan mulai panas. Tak kisahlah di manapun.. kalau tiada kerinduan, tiada berhasil! Jadi, kita sebagai seniorlah yang menjadi pendorong generasi seterusnya! TERUS MENDORONG! Mari!
Bilangan org yg pegi bagi saya tak penting, apa yang penting ialah hati org yg pegi kem tu. Dulu2 yg utama ialah kasih, dan kita tunjukkan kasih yg Yesus bg pada diri kita dgn saudara2 seiman. Skrg pulak, kebanyakkannya cuma menyebut pasal kasih, tapi no action. Tats y dulu kem kita berapi-api, sb org2 yg pegi saling menunjukkan kasih Allah, so Roh Kudus dpt kerja dgn luar biasa dikalangan kita. With just a simple song yg dimainkan dgn gitar kapok pun mempunyai impak yg luar biasa. Am I right?
Actually saya percaya, yg paling penting di dalam hidup seseorg kristen ialah kasih. Iblis tak tahan dengan kasih Allah. When we already hv the connection with each other, yg lain tu Roh Kudus akan take care, eventhough hy pakai gitar kapok saja.
Hmmm.... really miss those days.... lepak dgn kawan2 masa kem sambil menyanyi dgn gitar kapok.
Pelayan harus memegang motif ( memuji dan menyembah ) dan dasar ( Tuhan ) sebuah pelayanan. Selain daripada menjaga kehidupan doa dan skill yang mantap, pelayan harus menjaga ATTITUDE & BEHAVIOR semasa melayani sesebuah P&W. 'Attitude' dan 'behavior' yang saya maksudkan disini adalah bagaimana diri anda semasa melayani, tidak kira anda adalah seorang worship leader, back-up singer,musician atau dancer. Berikanlah sikap yang memberkati kerana ia secara langsung dapat mendorong jemaat untuk turut serta dalam P&W bukannya hanya sekadar menonton sebuah 'persembahan'!. Sikap harus dijaga agar terus mantap dan memberkati. Jika lagu yang dibawa ialah pujian, haruslah sungguh2 memuji, begitu juga semasa penyembahan. Ingat! Urapan pertama-tamanya turun keatas para imam kemudian mengalir kepada jemaat.Para pelayan harus mengaplikasikan hati yang penuh dengan kerinduan untuk melayani DIA dan memberikan skill yang terbaik . Berikan hatimu sebagai persembahan yang harum dihadapanNya dan kembalikan kemuliaanNYA melalui skill yang telah diberikan NYA.
"Urapan penyembahan kita dapati daripada setiap persoalan yang memaksa hati kita mengeluarkan dua reaksi..pujian atau keluhan. Ketika kita memilih seperti Daud memilih,memuji TUHAN,maka kita semakin memiliki urapan seorang penyembah. "
" urapan pasti datang ketika TUHAN melayani kita secara peribadi setiap hari melalui intimate worship sebelum kita keluar melayani jemaat sebagai pelayan Tuhan"
Sebelum kita melayani jemaat,pastikan anda ada hubungan yang erat dengan DIA agar kita dpt menyalurkan berkat bagi jemaat..
Let us worship together with the new heart and annointing..
quote: Originally posted by: KeepDfaith Sebelum kita melayani jemaat,pastikan anda ada hubungan yang erat dengan DIA agar kita dpt menyalurkan berkat bagi jemaat..
You are right fren! I totally agree wit you! Keep the Faith!! :)
Itulah tujuannya kenapa TUHAN bagi kita talenta utk bermain muzik, menari dan menyanyi.. Kerana TUHAN inginkan penyembah2 utk menggunakan semua talenta yang DIA telah berikan dengan memberi yg terbaik bagi DIA. Amen??
So..Hai semua penyembah2 yg. benar di hdpn TUHAN, gunakanlah talentamu dengan melipat gandakannya bagi kemuliaan TUHAN. Biarlah melalui muzik yg kamu gunakan, mahupun tarian yg kamu tarikan dapat mengalirkan urapan kepada semua orang... Make JESUS alive in everything you do..
tuk tuk....i pun setuju dgn pendapat u all.....tetap setia.....tapi sebagai pelayan Tuhan, selidiki diri kita sendiri. Mari kita terus maju dalam nama Tuhan Yesus Kristus...
Wah ..nampak nya ramai yang ada cadangan ni. Bagus. bagus. Tapi takkan dalam forum aje. Apa kata ajukan perkara ni dengan Ketua Praise & Worship atau Pastor.
Saya sungguh terharu dengan anda semua yang memberi cadangan dan keluhan di forum ini. Kita berterima kasih dengan Admin kita kerana menwujudkan forum ini untuk faedah bersama.
Saya berharap forum ini bukan hanya melepaskan batuk di tangga saja tapi biar la kesungguhan kita itu sampai kepada pemimpin kita di Grace.
Apa pun terima kasih semua .. Tuhan memberkati kalian.
yup! i totally agree dgn apa yg STEADY U utarakan... jgn biarkan semua cadangan n pendapat2 bernas yang lahir ini cuma "panas" dalam forum saja.. jgn kita cuma mampu "berkata" dan "taip" tapi bukan actually melaksanakannya...tidak ada guna...tak akan ke mana. forum ni bukan hanya medan di mana kita bertukar, menyuarakan atau "berlawan" pendapat......ia harus di jadikan tempat dimana kita cermin sejauh mana diri kita telah matang dlm pelayanan and hidup peribadi kita. Cakap saja sik guna rite? *cuma menegur-tidak bermaksud apa2*
para pelayan Tuhan...kita perlu sama2 merenungi diri kita....berhenti sejenak and think....adakah apa yg kita benar2 buat serupa dgn apa yg kita "loudly testimonikan to other ppl"? untuk mantap melayani .. kita perlu tanya diri sendiri...apakah kita betul2 mantap dan serius?-we need to grow up! in Jesus!
Buangkan sikap asyik bercakap dan mencari kesalahan org lain....tapi diri sendiri tidak ke mana...macammana mo memantapkan pelayanan kalau mcm ni?...tidak akan ada kemajuan.
Anda semua ada potensi utk jadi pemimpin. Daripada apa yang saya baca dari aspek cadangan, testimoni semuanya membangun.. Saya setuju juga dengan Steady_U.. biarlah cadangan itu terus dipraktikkan untuk terus membangun... bukan sahaja di Forum.. biarlah ia menjadi sesuatu yang realiti dan idea utk kita bertumbuh individually or dalam team itu sendiri.
hello everybody!!!waduh!lama tak join forum ni,looks like its gettin better and better!
wat u guys cadangkan semuanya bagus!i've been in P&W ministry for many years now and i know wat its like to be up there on the stage.i've went for p&w seminars,workshop many times and it all comes back to one thing.......to worship our LIVING GOD is like a dog licking(kiss) its masters hand("worship" in its original meaning) and it doesnt apply to those in the P&W ministry only but to all of us because that is why GOD created us.if we dont, GOD can make the rocks to cry out to worship HIM!
so jadilah seorang penyembah dalam hidupmu, tidak semestinya anda di gereja, tidak semestinya anda melayani dalam pujian dan penyembahan, sebab yang TUHAN inginkan adalah TRUE WRSHIPPERS not WORSHIP!kalau Tuhan nak worship sahaja,kita boleh pasang kaset ka, cd ka and let IT do the worship.
i agree dgn buluketiak,semuanya penting,muzik,lagu,persediaan peribadi dan yg lain2 becoz our GOD deserves only the BEST!!!eventhough ur not good at it but when u serahkan semuanya kpd TUHAN, semua kekurangan itu akan diperlengkapkan olehNYA sbb TUHAN kita tidak akan mempermalukan anaknya!wat mmyisaiah kata is also true,urapan turun atas para imam baru kpd jemaat,and that is y pelayan2,their heart must be correct d hadapan TUHAN.
well,that's all for now.pelayan2...learn to be humble,sbb apa yang diberikan kpd mu adalah dari DIA and HE can take it back!use ur talents to glorify HIM!!remember...all of us(and when i mean ALL, i mean semua manusia)are created to worship HIM!
Jika hendak bercakap tentang cadangan hendak memantapkan ujian dan Penyembahan di dalam kebaktian dan ibadah ibadah Gereja, maka satu persoalan yang harus di tanya pada pemuji pada diri sendiri iaitu kepada siapakah ia melantunkan pujian yang ia nyanyikan itu? Jika pujian itu datang dari hati yang benar benar beriman dan sungguh sungguh menghormati hadirat Allah, maka soalan tentang bagaimana hendak memantapkan Pujian dan Penyembahan itu sudah pasti terjawab melalui soalan yang saya nyatakan tadi.
Sebagaimana di dalam ibadah ibadah Kristen pada zaman sekarang, tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa gereja gereja Pentekosta ( Karsimatik ) sudah diresapi dengan semangat terlalu taksub dengan muzik sehingga tanpa disedari bahawa muzik sudah menjadi Tuhan dalam kehidupannya. Begitu banyak orang mengutip nas kitab suci yang berbunyi " Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia harus menyembahnya dalam Roh dan kebenaran"( Yoh 4;24). Ayat inilah yang sering menjadi wawasan untuk para pemuzik untuk membenarkan posisi mereka dengan cara menyerapkan segala macam bentuk muzik yang ada dan di pakai sewenang wenangnya di dalam kebaktian ibadah di rumah Allah. Apa yang dimaksudkan oleh ayat itu tadi bukan bermaksud kita menyembah dia melalui muzik tetapi harus melalui Roh dan kebenaran. Seringkali orang Kristen yang kurang mengerti akan exegesis ayat ini memikirkan bahwa penyembahan hanya akan terjadi bila diringi dengan muzik. Malang sekali jika demikian pemahaman kita terhadap penyembahan, maka kita harus sedar bahawa ajaran yang sedemikian adalah tidak sihat.
Yang kedua, begitu saya meperhatikan gereja gereja moden sekarang ini, saya kira begitu advance sehinggakan ibadah gereja itu tidak ubah seperti di dalam senario disko gara gara jenis muzik yang dipakai di dalam sesuatu kebaktian.. saya pernah menghadiri ibadah kebaktian di sebuah gereja tempatan ( tidak perlu saya nyatakan namanya) di mana, sewaktu ibadah muda mudi, saya melihat tidak ada bezanya antara ibadah dan konsert duniawi. langsung TIADA! Yang menjadi persoalan saya, saya melihat para pemuda pemudi begitu melompat lompat seperti anak anak muda yang sedang menghadiri konsert Linkin Park! sedang nama Yesus di laung..diriingi dengan laungan Halleluya yang hanya sekadar laungan semata! Saya sebagai orang Kristen malu melihat anak anak muda sekarang yang langsung tiada rasa hormat akan hadirat Allah.. ini bertambah parah lagi dengan keadaan yang hiruk pikuk dengan muzik yang bising dan keadaan gelap dengan lampu yang malap dan berkelip kelip..saya jadi bertanya tanya pada diri sendiri, apakah ini Rumah Allah ataupun Disko yang layak dinamakan Disko Kristen.
Maka sekali ini saya mengajak anda semua untuk merenungkan perkara perkara tersebut demi kemuliaan dan hormat kepada Nama Allah.