Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PUNCA PUNCA ORANG KRISTEN MURTAD


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:
PUNCA PUNCA ORANG KRISTEN MURTAD


Shalom buat semua!


Kali ini saya akan buka satu topic yang hangat iaitu KEMURTADAN anak anak Tuhan. Perkara ini memang sering terjadi di tempat kita bahkan mungkin melibatkan saudara mara kita, rakan rakan kita mahupun kenalan kita.Bagaimana kita harus menangani masalah murtad ini? Mari kita bincangkan bersama sama.



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 8
Date:

Hal Murtad memang tidak asing  lagi bagi mereka yang percaya. Ya, ada juga murtad disebabkan relationship dgn pasangan yang tidak seiman. Bila waktu utk berkahwin, mereka mula lupa akan iman mereka..dan mengambil keputusan utk mengikuti agama pasangannya. Banyak kes begitu yang saya lihat dan saksikan. Malah sekarang ada juga rakan2 yang masih terikat dengan hal ini. Memang, memang sudah sering ditegur, dibagitahu supaya mereka pikirkan kembali.. akan iman mereka.. namun mereka tetap terikat.. NO CHOICE kata mereka.


Itu adalah salah satu puncanya. Saya pasti anda semua boleh curahkan di sini. Thanks Lindy atas topic ini.


GOD BLESS!



__________________


Junior Member

Status: Offline
Posts: 19
Date:

Shalom!


Benar seperti yang anda nyatakan tadi. Amat menyedihkan begitu banyak orang meninggalkan Yesus atas begitu banyak alasan. Salah satu pengalaman saya adalah rakan saya sendiri..dahulu sewaktu belajar di universiti, saya sebilik dengan seorang Kristen dan selalu berkongsi pengalaman rohani bersama. Apabila saya balik dari luar negara , saya terkejut melihat rakan saya itu yang sudah mengenakan tudung dan berbaju kurung.Rupa-rupanya dia sudah memeluk agama Islam dan namanya bukan lagi Christina Una tetapi menjadi NurQistina bte Abdullah. Saya jadi terkedu sebentar melihat keadaannya yang walaupun kelihatan bahagia dengan pilihan hatinya, tetapi jauh di sudut hati saya menangis kerana satu jiwa telah hilang..bahkan hingga saat saya menaip pada saat ini, air mata saya bergenang mengenangkan begitu banyak jiwa jiwa hilang dek kerana kemurtadan. Buat masa ini, saya mohon dukungan doa anda sekalian agar Tuhan memberikan saya kebijaksanaan dan hikmat kerana saya ingin menghasilkan satu novel yang bernafaskan Injil berkenaan tentang isu murtad..Segalanya itu adalah untuk memuliakan nama Tuhan Yesus.



__________________


New Member

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Kurang bimbingan agama juga merupakan punca utama kemurtadan org kristian.
Semasa di sekolah menengah, saya ada seorang kawan sekelas yang beragama Kristian. Selepas masing2 meneruska pengajian di universiti, kami tidak pernah berhubungan lagi kecuali cuti semester.
Saya sangat terkejut apabila mendengar bahawa dia balik bercuti dikampung dengan memakai tudung. Keluarganya sangat terkejut dan marah. lebih memedihkan apabila dia memberitahu bahawa dia telah bernikah dengan seorang Muslim dan mempunyai seorang anak.

Saya juga mempunyai seorang abang tiri yang memilih agama lain semasa dia berumur 18 tahun. Apa yang saya faham tentang kehidupannya ialah dia mendapat kurang perhatian daripada keluarga dan tertekan dengan sikap adik beradik yang lain . Lebih buruk lagi, bila tiada siapa yang membimbing dia ke jalan yang benar.






__________________
Raise up for Jesus name sake!


New Member

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Selepas menerima Yesus, saya sering berbincang tentang agama yang dipeluknya sekarang. Dia kini mulai berubah walaupun masih belum terbuka untuk menerima Yesus.

Saya merasa terbeban untuk mereka yang 'hilang' dalam jalan yang benar. Inilah waktunya anak-anak Tuhan harus giat 'bekerja' diladang Tuhan...tuaian banyak..pekerja sedikit..




__________________
Raise up for Jesus name sake!
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard